BAHASA MELAYU TINGKATAN 4
PERKONGSIAN NOTA,PANDUAN DAN BAHASA MELAYU BAGI PELAJAR T4 DAN SPM
Rabu, 11 November 2015
Ahad, 8 November 2015
TATABAHASA
AYAT SONGSANG
SUSUNAN AYAT SONGSANG
SUSUNAN AYAT SONGSANG
Susunan biasa ayat dalam bahasa Melayu ialah subjek + predikat. Ayat songsang pula terbentuk daripada proses transformasi ayat biasa. (subjek + predikat) . Penyongsangan dapat dilakukan melalui proses pendepanan bertujuan memberikan penegasan kepada predikat.
Pendepanan seluruh predikat.
Cikgu Hanif / berfikiran kreatif. (susunan biasa)
Berfikiran kreatif / Cikgu Hanif. (susunan songsang)
Proses pendepanan berlaku juga pada ayat yang mengandungi kata penegas. (-lah, -tah, dan –kah)
Ibu saya / dia. (susunan biasa – ibu saya sebagai subjek)
Dialah / ibu saya. (susunan songsang)
Dia / ibu saya. (X = dari segi susunan ayat songsang. Ayat ini gramatis dalam ayat susunan biasa tetapi subjeknya ‘Dia’)
Pendepanan sebahagian daripada predikat.
(a) Pendepanan Frasa Kerja
i. Pendepanan kata kerja:
Ramli bekerja setiap hari. (susunan biasa)
Bekerja setiap hari Ramli. (susunan songsang)
ii. Pendepanan frasa kerja dengan objek.
Zaleha membaca buku. (susunan biasa)
Membaca buku Zaleha. (susunan songsang)
iii. Pendepanan kata kerja dengan kata bantu.
Murid-murid itu masih makan. (susunan biasa)
Masih makan murid-murid itu. (susunan songsang)
b) Pendepanan Frasa Adjektif
i. Pendepanan kata adjektif sahaja.
Ramli rajin. (susunan biasa)
Rajin Ramli. (susunan songsang)
ii. Pendepanan kata adjektif dengan kata bantu.
Rumah Kak Zue masih teguh. (susunan biasa)
Masih teguh rumah Kak Zue. (susunan songsang)
iii. Pendepanan kata adjektif dengan kata penguat.
Encik Zaidi sangat segak. (susunan biasa)
Sangat segak Encik Zaidi. (susunan songsang)
iv. Pendepanan kata adjektif, kata bantu dengan kata penguat
Haji Nasser masih segak amat. (susunan biasa)
Masih segak amat haji Nasser. (susunan songsang)
c) Pendepanan Frasa Sendi Nama
i. Frasa sendi nama sebagai predikat.
Rantai emas itu untuk ibu. (susunan biasa)
Untuk ibu rantai emas itu. (susunan songsang)
ii. Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat.
Penonton-penonton merempuh masuk ke dalam dewan. (susunan biasa)
Ke dalam dewan penonton-penonton merempuh masuk. (susunan songsang)
Khamis, 5 November 2015
CARA MUDAH MENULIS KARANGAN
CARA MENULIS KARANGAN
CARA MUDAH UNTUK MENULIS KARANGAN
CARA MUDAH UNTUK MENULIS KARANGAN
Gunakan teknik DiKeMaSeN untuk soalan punca, kesan atau langkah.
Di = Diri sendiri
Ke = Keluarga
Ma = Masyarakat
Se = Sekolah
N = Negara / Kerajaan
A) DIRI SENDIRI
i. PUNCA:
• Isi-isi kecil:
1. menghadapi tekanan hidup akibat kemiskinan/kekurangan kasih sayang
2. untuk memanifestasikan sifat kejantanan dan kejaguhan
3. tidak mempraktikkan ajaran agama kerana berpendapat bahawa ajaran agama adalah jumud dan sudah ketinggalan zaman
4. suka bertindak tanpa berfikir
5. tidak mahu mendengar nasihat
6. didorong oleh nafsu /perasaan ingin tahu/ingin cuba
• Frasa/ungkapan menarik:1. mencurah air di daun keladi
2. ketagih kepada desakan adrenalin
3. remaja yang delinkuen
• Kematangan:Menurut penggiat sosial tanah air, Tan Sri Lee Lam Thye, 40 peratus daripada golongan pelajar kita pada hari ini terlibat dalam masalah sosial seperti membunuh, perogol, merompak dan sebagainya.
ii. KESAN
• Isi-isi kecil:1. menghancurkan masa depan (-ve)
2. terjebak dalam pelbagai gejala sosial lain yang lebih teruk
3. hilang hala tuju kehidupan
4. menjejaskan maruah keluarga
5. dipandang hina oleh masyarakat
6. dapat memimpin negara dengan lebih kreatif dan optimis(+ve)
• Frasa/ungkapan menarik:
1. menconteng arang ke muka keluarga
2. kerana nila setitik rosak susu sebelangga
3. seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit
4. air sama air sampah ke tepi juga
5. pemangkin pemacu negara
• Kematangan:“Berikan saya sepuluh orang remaja, nescaya akan saya gegarkan dunia ini,” begitulah ungkapan yang dilontarkan oleh Presiden Parti Indonesia, Soekarno yang menggambarkan betapa gahnya peranan remaja sebagai penentu pembangunan dan kemajuan negara pada masa depan.
iii. LANGKAH
• Isi-isi kecil:1. perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai ciri dan sifat mahmudah
2. menanamkan sifat tidak jemu dalam menimba ilmu pengetahuan
3. perlu mempunyai jati diri yang mantap
4. remaja perlu pandai memilih rakan sebaya
5. sentiasa bermuhasabah dan membaiki kelemahan diri
• Frasa/ungkapan menarik:1. hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih
2. di mana ada kemahuan di situ ada jalan
3. generasi berwawasan pemangkin pembangunan negara
• Kematangan:
Bill Gates – sekiranya kita mahu berubah selepas orang lain sudah berubah, sebenarnya kita tidak berubah.

Dicatat oleh Cikgu Anelyza
Khamis, 8 Oktober 2015
NOTA : AYAT TUNGGAL
AYAT
TUNGGAL.
Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu
subjek dan satu predikat. Ayat tunggal terbina dalam berbagai-bagai jenis ayat
sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah , dan ayat seruan. Pembentukan
ayat tunggal boleh terbina daripada subjek dan predikat yang terdiri daripada
FN, FK, FA dan FS.
SUBJEK
DALAM AYAT TUNGGAL.
(a) Frasa nama sebagai subjek.
i.
Tan Kong Joo pelajar sekolah.
ii.
Buah itu masam.
iii.
Ibunya sakit.
iv.
Motosikalnya telah rosak.
v.
Balai raya ini untuk orang ramai.
(b) Kata ganti nama diri sebagai subjek.
i.
Dia anak bongsu.
ii.
Beliau guru saya.
iii.
Dia adik Ragunathan.
iv.
*Itu Bank Rakyat.
v.
*Ini stesen bas.
(*rujuk kepada Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 102)
Namun demikian, dalam penulisan karangan, murid tidak
digalakkan memulakan ayat dengan kata ganti nama tunjuk.
(c) Kata kerja sebagai subjek.
i.
Membaca buku ialah hobinya.
ii.
Bersenam dapat menyihatkan badan.
iii.
Menyanyi ialah kerjayanya.
iv.
Mencuri perbuatan yang salah.
v.
Minum air boleh menghilangkan
dahaga.
(d) Kata adjektif sebagai subjek.
i.
Cergas bermakna badan sihat.
ii.
Hijau warna kesukaannya.
iii.
Harum bau bunga melur itu.
iv.
Tamak ialah amalan yang keji.
PREDIKAT DALAM AYAT TUNGGAL.
(a) Frasa nama sebagai predikat
i.
Encik Zulkifli pegawai polis.
ii.
Kakaknya doktor mata.
iii.
Bangunan itu kediamannya.
iv.
Bilik itu stor barang.
(b) Frasa kerja sebagai predikat
i.
Dia makan mi goreng.
ii.
Anjing itu menyalak musuh.
iii.
Mereka tidur.
iv.
Adiknya menangis.
(c) Frasa adjektif sebagai predikat
i.
Keropok ini sangat rangup.
ii.
Rumah itu sangat besar.
iii.
Abangnya sangat bijak.
iv.
Budak itu baik sungguh.
(d) Frasa sendi nama sebagai predikat.
i.
Buku ini untuk adik.
ii.
Ayah ke Kuala Lumpur.
iii.
Beliau dari Universiti Sains
Malaysia.
iv.
Wajahnya seperti bintang terkenal
itu.
Langgan:
Catatan (Atom)